Want your
own Fotopage?































 
nor's FotoPage

By: nor aziz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Jul-2008 13:02 Email | Share | | Bookmark
My 1st Bun

 
 
Bz..bz..bz...lamanya tak update FP...anak dah cuti sekolah dok berperang dgn anak2 kat umah le pulak..kalau tahun lepas cuti sekolah mula je kami dah balik Malaysia dah...tahun ni ayah dia kata ...nak balik sama2...tunggu dia ambil cuti lama sikit..jadi kena le tunggu lagi 3 minggu le pulak ni nak balik..ish tak sabonya...tapi rasanya fikiran ni dah sampai Malaysia

Percubaan pertama buat roti.... ada rupa roti ke???? kelakar rupanya...
Inti kacang merah pulak...silap beli kacang...terbeli red kidney bean....patut le masa masak tu awat ler color nya tak merah gelap mcm dulu....pastu tgk plastik balik...ler....red kidney beans rupanya...bukan red bean...nak gelap kan colornya...saya memandai campurkan serbuk koko...ntah apa rasanya ek...heheh..ok jugak....not bad hahahahah.....





ROTI ASAS CHEF AINI SALIM
Fp Mamafami dari intan blog


BAHAN-BAHANNYA :

800 gram tepung roti
300 gram air sejuk (dari peti sejuk)
120 gram gula kastor
50 gram mentega
2 bungkus (22 gram) yis segera (instant yeast)
2 biji telur kecil
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh penuh Format (susu tepung)
1 sudu teh bread improver(omitted)

CARANYA :

1) Satukan yis dan telur dan pukul dengan tangan. Apabila sudah rata, masukkan air, tepung, gula, mentega, garam, baking powder dan Format. Adun hingga rata.
2) Masukkan adunan ke dalam mesin bancuh dan bancuh dengan kelajuan sederhana selama 10 minit. Gunakan pemukul khas untuk doh roti (pemukul yang bentuknya berpusar).
3) Keluarkan doh dari mesin dan uli lagi menggunakan tangan hingga ia licin. Jangan lupa bubuhkan sedikit tepung di tangan semasa menguli.
4) Biarkan doh dalam mangkuk adunan dan tutup mangkuk dengan kain lembab. Perap selama 1 jam.
5) Ambil doh sebanyak 35 gram dan bulatkan bentuk doh. Ulang cara ini hingga semua doh habis digunakan.
6) Bentuk doh mengikut jenis roti yang hendak dibuat.
7) Biarkan doh yang sudah dibentuk selama 45 minit lagi sebelum disapukan dengan susu cair atau telur dan bakar dalam ketuhar bersuhu 200 darjah C, selama 8 hingga 10 minit. -intan gunakan suhu 150 darjah selama 20minit..bila dah masak br disapu mentega..

hi..nor..mood mencuba dah start semula ke??? cantik bun nye... mogok2 nak balik msia pun sempat gak buat bun yek..he..he..hee
Thu 17-Jul-2008 03:31
Posted by:moi  - [Link]
x pernah lagi buat bun...wlpn teringin nak buat. bukannya apa ,takut x jadi ... btw, bestnya nor nak balik msia...mesti looking fwd kan.. saya thn ni, x de rezeki nak balik... tunggu tahun depan jelah, insya'Allah..
Mon 21-Jul-2008 02:59
Posted by:azian  - [Link]
salam....kita pun dh lama tak masuk sini....1st time buat bun ni rasa senang tak? sy blom penah try, teringin juga nk buat...
Mon 21-Jul-2008 12:32
Posted by:azlina  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 16:18 Email | Share | | Bookmark
TAGLIATELLA with Alfredo Sauce and Smoked Beef

 
Salam semua....Alhamdullillah...bersua kembali kita di alam maya ni...FP saya yg serba kekurangan ni.....
Menu simple ni masak..sebab dah lama berehat...jadi cari le menu yg simple utk permulaan bertugas didapur semula...menu ni di masak dalam minggu lepas...selepas pulang semula ke Dubai setelah pulang dari menziarah sebagai tetamu Allah ...Syukur Alhamdullillah...baru ni berpeluang utk aktif semula...rindu dgn kengkawan...




ALFREDO SAUCE
sources: Video Jug
http://www.videojug.com/film/how-to-make-alfredo-sauce

Recipe

55 g Butter
240 ml Double Cream
2 Garlic, crushed
2 Tbsp Parmesan or gruyere cheese
salt and pepper
chopped chives for garnish

--------------------------------------------------------------------------------
Step 1: Prepare
Crush and finely chop 2 garlic cloves. Finely chop the chives for the garnish

--------------------------------------------------------------------------------
Step 2: Pasta
Put the pasta into a pan of boiling water and leave to cook while you prepare the sauce.

--------------------------------------------------------------------------------
Step 3: Sauce
Melt the 55 grams of butter in a sauce pan. Add the garlic and gently fry. Whisk in 235 ml of double cream. Have a taste and add salt and pepper if you think it needs it.

--------------------------------------------------------------------------------
Step 4: Cheese
Whisk in the grated cheese a little at a time, stir until it melts. Taste again, adding more cheese, salt or pepper if needed.

--------------------------------------------------------------------------------
Step 5: Serve
Drain the pasta and stir into the sauce. Serve immediately with the chives sprinkled on top.
(I added smoked beef on top)

re:kita kat Bradford nii cuma tinggal 1 bulan jee lagi dan insyaAllah akan balik Malaysia for good before ramadhan.
Tue 8-Jul-2008 16:50
Posted by:masriyah  - [Link]
Salam Nor...welcome back....
Tue 8-Jul-2008 17:50
Posted by:cek de sam  - [Link]
nor....
haiyaaaaaaaa...wa pun manyak lindu ooo sama lu...wa ketuk2 pintu, lu tala mau bkk itu pintu..wa tau lu ada lumah, tp wa tatau loorrr, lu titun ka lu masak kaa...
lu mau blk mesia ka...haiyaaa...manyak syokkk ooooo...itu lu pya kwn aaa nama zaiy...apa celita...itu olang pun myk senyap la sikalang...wa manyak lindu ooo sama lu oalang
Wed 9-Jul-2008 01:50
Posted by:jasmeen  - [Link]
View all 27 comments Add comment


Thursday, 29-May-2008 06:43 Email | Share | | Bookmark
Perjalanan Dubai-ke Dibba, Fujairah

 
 
 
View all 9 photos...
Gambar ni sebenarnya dah lama...ntah bila pun dah tak ingat..klik punya klik..nampak pulak gambar ni. Ni masa pi Fujairah..Fujairah ni salah satu negeri dlm UAE ni...selain Dubai dan Abu Dhabi...ada 7 negeri dlm UAE ni...setiap negeri..muka bumi dan warna padang pasirnya berlainan...paling saya suka padang pasir Al-Ain..mmg cantik sebab warna pasirnya kemerah-merahan sikit....cantik sungguh ciptaanNYA....sampai anak saya yg sulung tu syahmi tgk..'mama cantiknya...rasa nak nangis..syahdu la pulak"..nnti saya updatekan pulak padang pasir dekat al ain...

Ok..citer pasal Fujairah ni...perjalanan dari Dubai ke Fujairah ni lebih kurang 11/2 -2jam



Ini lah rupa muka bumi di Fujairah....
===========================================================================



Gambar-gambar kat atas tu...Friday market Fujairah..macam macam ada jual....salah satu nya carpet tu...jual tepi2 jalan je camtu...sekali pandang ala2 Air Hitam le pulak...
===========================================================================

hehe...gambar ni pulak..kereta terpeleot kat padang pasir...tu ler..sebenarnya gara2 husband nak tunjuk eksyen saya dah cakap jgn...nnti tersangkut..dia kata..tak pe..ni 4wd...mentang2 kereta company...main belasah je...ha..kan dah sangkut...

Nasib ada pak arab yg baik hati ni.....tapi kat sini..anak2 muda arab ni mmg suka berriadah dgn keta 4wd ni di padang pasir..mmg depa standby dah nak tarik keta sangkut ni rupa-rupanya..nak bawa keta kat padang pasir ni ada cara..angin tayar kena kurangkan...biar tayar lembik sikit baru tak sangkut...pak arab ni kasi tau...ni dlm process nak kurangkan angin tayar ler ni.... [

Ok....dah start tarik...nasib selamat..kalau tak ada yg kena berkhemah kat padang pasir

Hehe...lagi satu keta pak arab pulak tersangkut kat belakang tu....mmg dah senario biasa kat sini....
===========================================================================

Ok....untuk kenalan FP semua....ini lah entry saya untuk tatapan semua dalam 2 minggu kehadapan...nanti ada yg ketuk pintu pulak Doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga...semoga dipermudahkan segala urusan...
Oklah, utk semua rakan2 fp, doakan kami ye, maaf bebyk kalau ada silap salah, kita jumpa kembali di ruangan fp selepas 2 minggu nanti. insyaallah...Terima Kasih kerana sudi menjadi kenalan FP dan berkunjung ke FP saya yang serba kekurangan ni...walaupun hanya di alam maya namun kemesraan tetap terasa..





ALOOOOOOOOOOOOOOOOO.....TUAN UMAH DAH BLK DAHHHHH???
BYK KER MEMBORONG???? SHT SEMUA???? BYK KER KENE TAX LBH MUATAN BAPE BYK BORONG SERAI, LENGKUAS, KUNYIT DAUN PISANG BWK X?
SELAMAT KEMBALI....
Thu 19-Jun-2008 06:17
Posted by:jasmeen  - [Link]
kak nor mai cni jap...haaa dekat2 skitttt >>>> PUH..PUHH...PUHHHHHHHHH (ader trasa angin2 skit x?)
Thu 19-Jun-2008 08:17
Posted by:shima  - [Link]
Salam perkenalan..
kak nor tinggal di Dubai yer..
Fri 4-Jul-2008 03:04
Posted by:mimi's@mayonnaise  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Tuesday, 27-May-2008 06:42 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Muhammad Syamil

 
 
 
View all 11 photos...
Dah 3 tahun anak bujang sorang ni (24/5/2008)...kebetulan Moi ajak dinner kat umah dia sekali dengan princessharyati...pastu esoknya bday syamil...jadi kami pun terus le beli kek bawa pi umah dia...happening sikit...ramai kan...terima kasih moi..byk dia masak..sedap...asyik berbual je..masing2 lupa nak ambil gambar hidangan....



Bersama family Moi dan princessharyati

Bila kami mula nyanyi lagu ulangtahun....syamil jadi malu le pulak...tak sangka anak ku ni pemalu rupanyer


Tengok tu malu lagi bila semua orang tengok dia potong kek....kalau dengan kami....kemain lagi...bila tunjuk camera..siap cakap 'mama chiiiiiiis.....'
=========================================================================
PULUT KUNING



PULUT KUNING
(Copy dari FP Kak rinn..tq)

Bahan-bahan:

1/2 kilo beras pulut
3 camca serbuk kunyit
2 keping asam gelugur
Air secukupnya utk merendam pulut
2 cawan santan
2 camca garam
1 sudu besar gula

Cara-cara:

1. Rendam pulut dengan serbuk kunyit dan asam gelugur selama lebih dari satu jam.
2. Sesekali hendaklah dikacau supaya rata salutan warna kuning pada beras pulut.
3. Alas loyang pengukus dengan daun pisang atau daun pandan. Tuangkan beras pulut.
4. Kukus sehingga asap keluar dari penutup kukusan.
5. Keluarkan loyang dan gaulkan santan yg telah dicampur garam dan gula.
6. Kukus semula hingga pulut masak dan elok lembutnya. Sesekali elok digaul pulut
di dalam loyang menggunakan senduk kayu supaya rata masaknya.
7. Angkat loyang kukusan. Pulut boleh dihidang dengan rendang daging atau ayam.




Esoknya 24/05 tu saja buat pulut kuning ni...untuk celebrate kami sekeluarga...tgk tu kat umah suka le pulak tangkap gambar...agaknya semalam tu dikelilingi awek2 cun kot...(anak2 moi) tu yg dia malu-malu

==========================================================================
PAU KACANG MERAH

Pau lagi heheh....buat inti kacang merah pulak....anak minta....cari punya cari jumpa le resepi macamna nak buat inti kacang merah....


Jumpa resepi ni dlm forum.cari dari Penyulawa...terima kasih

INTI KACANG MERAH

1/2 kilo kacang merah (bentuk cam kacang hijau tapi kaler merah)
2 ketul gula melaka**saya guna brown sugar + gula putih
sedikit garam
Daun pandan

1. Rendam kacang merah sehari semalam (Saya tak rendam pun..terus rebus..tu yg lama heheh). Cuci bersih dan rebus hingga kembang. Masukkan sekali daun pandan.
2. Bila dah kembang tutup api dan biar suam atau sejuk sedikit.
3. Blend kacang yang dah direbus bersama air rebusan hingga hancur.
4. Masak semula bersama2 gula dan garam sehingga inti kelihatan likat.
5. Tutup api dan sedia untuk digunakan.

Cubalah... sesuai untuk inti roti, pau atau apa saja yang berinti...



Resepi Pau dah ada dlm entry yg sebelum ni...




CHIT CHAT

Terima Kasih kepada semua kenalan FP yg mengucapkan Selamat Hari Jadi utk Syamil....semoga Syamil jadi anak yg soleh....

slamat hari jadi Syamil...semoga menjadi anak yg baik dan bole dibanggakan oleh mama dan ayahnya.....
Wed 28-May-2008 21:26
Posted by:azlina  - [Link]
Happy belated Birthday Syamil...........! Semoga menjadi anak yg soleh.......Hensem anak mama ni....
Thu 29-May-2008 03:46
Posted by:acik zura bahrain azure18111@yahoo.co.uk  - [Link]
happy belated birthday syahmil bahagia auntie tengok wajahmu...
Mon 16-Jun-2008 09:37
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Thursday, 22-May-2008 05:31 Email | Share | | Bookmark
PAU & SERIKAYA

 
 
 
Ini gara-gara terliur tengok Fp Zaiy buat pau...geram tgk nya...pastu teringat pulak dulu2 suka singgah gerai makcik beli pau untuk anak..memang depa suka makan...tu yang malam tadi pi buat jugak ni...tapi saya tak setabah zaiy ...saya ngelat sikit...uli guna bread maker je


Serikaya ni pulak..tengok kat FP mamafami....terima kasih mama...sedap..macam tak caya saya buat serikaya sendiri...anak pun memang suka serikaya ni makan dengan roti bakar...stok kami pun dah habis bawa dari Malaysia lepas ni tak perlu dah bawa stok dari Malaysia bertin2..berat beg je eksyen la pulak

SERIKAYA (Tq mamafami)
Sumber : Mamafami.... Ibuku nan terchenta

Bahan-bahan :

6 butir telur
3 cawan santan kelapa
450g gula
3 sudu besar tepung gandum
2 helai daun pandan (tambahan)

Kaedah penyediaan :

1. Pukul telur dengan 150g gula hingga kembang.
2. Masukkan santan kelapa dan tepung. Kacau rata.
3. Jadikan gula hangus dengan 300g gula.
4. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga masak. Masakkan selama lebih kurang setengah jam.



Camner nak dapatkan Pau yg putih berseri-seri dan licin...mcm guna botox tu sesiapa ada petua tak..boleh kongsi (dah dpt...balutkan penutup kukus dengan kain supaya air tak menitis)



PAU KUKUS TRADISIONAL (kak rinn - tq kak rinn)

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
11gm yis mauripan (=I packet)
200gm gula (=1 cwn)
100gm minyak jagung atau minyak masak (=1/2 cwn)
460gm air (=2 1/2 cwn air, boleh tambah jika perlu)

Cara-cara:
1. Gaul tepung dengan yis.
2. Larutkan gula dalam air.
3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul perlahan-lahan dengan hujung jari.
4. Halfway thru campurkan minyak dan teruskan menguli dgn menghabiskan lebihan air hingga menjadi doh yang kenyal.
5. Rehatkan adunan 10min - 15min.
6. Bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki dan rehatkan lagi 10min. Sementara itu panaskan kukusan.
7. Leperkan doh bulat di atas tapak tangan dan masukkan inti kesukaan dan tutup rapat2 dgn menarik bhg yg dirapatkan itu ke arah bawah dan dapatkan permukaan atas yg licin dan bulat.
8. Lapik dengan daun pisang atau plastik yg telah digunting mengikut saiz pau.
9. Biarkan pau naik selama 30min dan kukus selama 10min. Jangan lebih lama dari itu. (Saya balutkan penutup kukus dengan kain supaya air tak menitis diatas pau)
* Pau yg telah sejuk boleh dihangatkan semula menggunakan kukusan
.

**Buat 1/2 adunan jek

wah...pau ni betol2 menggugat jiwaku...
Mon 26-May-2008 13:55
Posted by:m4m43r1k4  - [Link]
kita pun dah buat serikaya tu....mmg sedappp.....
Mon 26-May-2008 16:46
Posted by:cek de sam  - [Link]
Rajinnya akak buat pau kaya..mmmm teringin la pula nak makan seri kaya ni..dah teruja tengok akaknya ni senang je recipenya..harus dicuba ni
Mon 26-May-2008 21:15
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Monday, 19-May-2008 13:27 Email | Share | | Bookmark
LASAGNE BOLOGNESE & TIRAMISU

 
 
 
View all 8 photos...
Lasagna ni atas permintaan anak...suruh mama dia buat...gara-gara tengok citer Garfield....mama dia pun cari le resepi..kebetulan baru beli buku masakan Italy...dah lama nak cuba...ni baru berkesempatan nak buat...agak berair sikit...next time kena masak sosnya kena kering sikit....




Copy terus...malas nak translate heheh.....

LASAGNE BOLOGNESE

Resepi..

2 teaspoon olive oil
6 slices pancetta(90g), chopped finely (omitted)
1 large white onion(200g), chopped finely
1 medium carrot (120g), chopped finely
2 trimmed celery stalks (200g), chopped finely
1 kg beef mince
150g chicken liovers,trimmed,chopped finely(omitted)
2 cups (500ml)milk
60g butter
2 cups(500ml) beef stock
410g can tomato puree
2 tablespoons tomato paste
1/4 cup finely chopped fresh flat-leaf parsley
2 cups (160g)finely grated parmesan

PASTA
1 cup (150g) plain flour
1/4 cup (45g) semolina flour
2 eggs
1 tablespoom olive oil
semolina flour,for dusting, extra

****I used ready made (dried lasagna sheets).

WHITE SAUCE

125g butter
3/4 cup(110g) plain flour
1.25 litres (5 cups) hot milk

1.Heat oil in large heavy-based pan, cook pancetta, stirring, until crisp. Add onion,carrot and celery; cook,stirring, until vegetables soften. Add beef and liver; cook stirring, until beef just changes colour. stir in milk and butter; cook, stirring occasionally, until liquid reduces ti about half. Add stock, puree and paste, uncovered, 1 1/2 hours. remove from heat; stir in parsley.
2.Meanwhile, make pasta.
3.Preheat oven to moderate hot (200'C/180'c fan-forced). Grease deep baking dish.
4.Make white sauce. Spread about 1/2 cup pf the white sauce over base of dish. Layer two pasta sheets, a quarter of the meat sauce in dish. repeat layering process, starting with pasta sheets and ending with with sauce; you will have four layers in total. Top lasagne with the remaining cheese.
5. bake lasagne, uncovered, about 40 minutes or until top is browned lightly. stand 15 minutes before cutting.

PASTA

Process flours, eggs and oil until mixture forms a ball. Traansfer dough ti floured surface; knead about 5 minutes or until smooth. Divide gough into quarters; roll each piece throgh pasta macjine set pn thickest setting. Fold long sides of dough into the centre, roll through machine. repeat rolling several times, adjusting setting so pasta sheets become thinner with each roll; dust pasta with extra semolina flour when necessary. Roll to second thinnest setting (1mm thick), making sure pasta is at least 10cm wide. Cut pasta into 35cm lenghts. Cook pasta sheets in large saucepan of boiling salted water, in batches, about 1 minute or until pasta rises to surface. Transfer to bowl of iced water; drain, pat dry absorbent papaer towel.

WHITE SAUCE
Melt butter in medium saucepan; add flour, stirring until mixture forms a smooth paste. Stir in milk gradually; bring to a boil, stirring, until sauce and thickens.

TIPS Fresh or dried lasagne sheets can be substituted for the homemade pasta. Bolognese can also be served with spaghetti.

=====================================================================
Tiramisu ni pulak...dah beberapa kali buat...dah alang2 makan makanan Italy tu...kita sambung le dengan dessert Italy pulak....



LADY FINGERS/SPONGE FINGERS

TIRAMISU

2 x 250g mascarpone cheese
2 x 100g Fresh cream ( boleh dikurangkan jika mahu)
2 biji kuning telur
5 sudu besar gula (saya guna icing)
1 sudu kecil jus lemon
1 pack lady fingers/sponge fingers (Savoiardi)
vanilla
Serbuk koko
1 cawan kopi - saya selalu guna cappucccino- ikut selera-nescafe pun boleh

Cara-cara

Pukul kuning telur, vanilla dan gula hingga berkrim lebih kurang 10-15 min.
Kemudian double boil kan bahan tadi...sejukkan...(kdg2 saya masuk microwave je...nak cepat)
Masukkan bahan tadi bersama marscapone cheese dan fresh cream..kacau hingga rata...
Celupkan sponge fingers/lady fingers kedalam air kopi..jgn terlalu lama...nnti serap air terlalu byk..tiramisu akan jadi lembik...saya selalu guna bekas yg besar...jadi saya golekkan sebentar saja...lady fingers kedala air kopi tu...
Setelah di celup kedlm air kopi, aturkan lady fingers pada bekas sebagai lapisan pertama...
Lepas tu sapukan marscapone cheese keatas lapisan pertama...Ulangkan pada lapisan kedua...
Atas sekali ayakkan serbuk koko diatasnya...sejukkan didalam peti sejuk..sebelum dihidangkan...seelok2 nya semalaman...

========================================================================


Yang ni masa makan kat Dubai Festival City...order Lasagna....tgk tu Sofia makan sampai comot....heheh...mmg Lasagna feveret Sofia.....


Syamil ni pulak...minta nak makan Lasagna...bukannya dia sebut Lasagna.."mama nak makan Garfield"...ni pengaruh citer garfield ni...


SYAHMI, SOFIA & SYAMIL AT DUBAI FESTIVAL CITY


CHIT CHAT

aimah >>dah..masuk resepi dah lasagna tu..boleh buat.. tiramisu tu setakat makan sendiri lepas le..bukak bakery tu idokler..
Farah Shrewsbury>>mmg pengaruh citer tu..x tau dah berapa kali nengok...sampai akak pun naik sama sedap tiramisu ni..tapi takleh makan selalu...cuba ler buat farah
zaiy>>ha..dah sampai Italy heheh...cuba ler zaiy sedap...kat sini pun byk jualkan..sedap2 gak..
shima>>ok..shima dah masuk resepi..jgn tido je..boleh buat..kopi tu buat pekat2 sikit..kurang sikit ngantuk
mamasya>>biasa le tu mama..saya pun dah berapa lama tertangguh....list punya le panajng..tapi mana satu nak didulukan pun x tau pastu dtg pulak angin M...habis
jasmeen>>aahkan..sedap2...cepat buat..dah masuk resepi tu..
moi>>tuler moi..buku dah lama beli..angin rajin nya belum sampai lagi..ni baru boleh buat
rani>>sedap meh la rani..jln2 sini...shopping2
MaMaAina>>dia la teman saya kat umah kalau abg dgn kak dia sekolah..dah..dah tepek resepi
masriyah>>rambut pacak2 tu mmg susah dah nak dibetulkan..dah botak pun masih camtu basah2 ler sedapkan..tuler..nak kena cuba lagi tu lasagna
yati-m>>oo..ok..faham2..depa ni ada mood...kalau nak makan tu..makan aje..kalau tak..kena paksa gak..hehe..gambar anak tu..camera baru
shima>>ler..pintu berlubang le senang..tak yah buka2 pintu nak tgk husb dah balik ke belum..dari jauh dah boleh nampak
Sabrina Jeddah>>salam kenal...Org Msia mana yg tak kenal phulwani..kalau dah pernah sampai Dubaikan tempat shopping kain tu bila nak mai lagi...insyaallah..kalau dgn izin Nya akan sampai nnti
soulha,cairo>>ok..akasaya dah hembus dah...tenung lama2 sikit kat gambar tu
kak anum>>buat la kak...boleh kita tukar2 resepi...mana tau cara akak lebih menarik lagi
jasmeen>>dah tempek dah gambar tu..pi carik..kalau tak silap saya kat kedai baking ada kot..mgkin nama dia biskut tiramisu



sedapnya tiramisu sama lasangna nor nie..sekali jer buat tiramisu..bila seru nk mai semula ke mesirnie..hembus2 skit.
Wed 21-May-2008 15:05
Posted by:soulha,cairo shibshi07@yahoo.co.uk  - [Link]
Salam nor,
Kakak ada belajar wat lasagna & tiramisu ni kat cooking class petronita kat sini.
Tapi....lum penah cuba lagi Bukan apa...ada leceh sket.
Kalau dah maleh.............
Wed 21-May-2008 19:49
Posted by:kak anum alfahanum@yahoo.co.uk  - [Link]
lady's finger tuh apo bondo eiii...??? kek sponge ka?? haiyaaaa!! wa manyak blurrr oooo
Thu 22-May-2008 04:04
Posted by:jasmeen  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Saturday, 17-May-2008 09:44 Email | Share | | Bookmark
Nak submit homework........yeyyey....

Maaf Pn.Shima yea...terlewat skit..apa-apa pun..dah siap ni he....dok perah memikirkan..mcm nak buat karangan gitu....ler..awat sikit sgt.....

The rules:

1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog



Serba sedikit mengenai insan yg dikenali sebagai NOR :-

1) Berasal dari Perak (Ipoh mali talak sombong ) dan sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dgn org Johor...(kenal hubby sebagai client credit card saya...dah dpt kahwin dgn saya terus terminated credit card tu heheh) dikurniakan 3 cahaya mata...2 boys 1 girl...

2) Sebelum kahwin ala-ala pendiam gitu...tapi lepas anak 3 dah ngalahkan ziana zain menjerit tapi pitching lari...tak suka dengan orang yg hipokrit,ego,cakap.besar. Suka berkawan tapi bila jumpa orang yg ada sifat2 camtu..terus hilang minat nak jumpa lagi....bye..bye sebab tak suka...tak reti nak buat2 suka...biar senyuman kita tu dilepaskan bukan buat2 senyum...lenguh mulut ni nak berlakun

3) Pernah bekerja lebih kurang 10 tahun - pastu terpaksala (dengan rela )berhenti sebab ikut hubby bertugas di bumi arab ni (Dubai)diam tak diam dah hampir 2 tahun ku di Dubai ni... tapi rindu jugak dgn suasana bekerja...paling rindu tempuh jem pagi2 kat Sg.Besi..sbb selalu punch card merah dgn alasan jem (alasan yg mmg tak leh nak pakai )

4) Tak boleh mula tgk citer bersiri ( alamatnya nnti dapur tak berasap...kain tak berlipat) terutama korean movie-melekat sampai 2-3 pagi...jenis tak sabo nak tau penghujung...paling dasyat tgk winter sonata...sampai

5) Seorang yg sensitif...dari berbagai sudut...tambah tgk budak kecik yg ditimpa kesusahan..cepat kesian kat org dan takut hampakan harapan orang...pernah balik Malaysia..bawa kiriman penuh beg sbb kesian org kirim kena bebel dengan hubby dan mudah jugak memaafkan org...

6) Kaki shopping...window shopping pun jadik...ala-ala therapy gitu...Kalau seminggu tak kuar shopping mcm tak lengkap je rasanya...serba tak kena Dulu masa kerja org lain dapat gaji pi ASB, Tabung Haji simpan duit....saya pulak pi melabur kat shopping complex....(camner nak kaya ni ishhhh ) pastu dok pulak Dubai lagi kuat dugaaan...shopping tu

7) Suka melancong..tak kira dekat atau jauh...pendalaman atau bandar sbb suka melihat keindahan Alam ciptaanNya dan suka jugak tgk adat resam tempat orang...

Eh..Eh...dah 7 dah..ler ingat nak kena buat macam biography ke

Ini ajelah serba sedikit tentang saya yang masih meneruskan kehidupan ini sebagai Hamba Allah...maaf jika ada perkataan yg tak sedap di baca..tanpa saya sedari... terima kasih jugak kerana sudi berkunjung di FP saya yg humble ni....dan terima kasih kerana sudi menjadi kenalan FP saya walaupun di alam maya ini....

Saya rasa ramai yg dah dapat tag ni kan....jadi saya rasa cukuplah..tak payah le saya pas kan pada sapa2 dah ek...sebab buat homework pun lambat



CHIT CHAT

shima>>best jln2 kan...rehatkan minda...betul2 mmg boleh buat drama ..nnti nak jumpa yusuf haslam..suruh buat..
zaiy>>mmg best tajuk tu..kenangan tu window shopping pun ok..therapy..
m4m43r1k4>>
azura>>best2 byk persamaan..boleh geng..oo..yeke..jumpa dia ek..anyway kalau sebut nama my husb..dia mmg kenal..Fadzil...
jasmeen>>shopping...penyakit yg selalu serang kaum wanita ....ish..minah arab kat sini lagi canggih..comey2..lagi trendy...pakai baju lip lap lagi...mana tanding dgn saya ni ha...jauh beno bezanya..
Farah Shrewsbury>>shopping mmg best...pi shopping jln berjam2 tak penat..tapi balik umah baru rasa.. aah..farah...boleh kenal dgn lebih lagi..walaupun di alam maya ni kan.
kak anum>>mmg akak...syok tgk korean movie ni..tapi takut nak mula..jadi penyakit tak leh berhenti..
maklang>>best2...ramai yg ada persamaan..tu ler maklang..dulu suara nak bercakap pun payah..tapi la ni..dah ngalahkan apa suara tu kuar..
cek de sam>>byk jugak persamaan kita ek best2
aimah>>betul2...asalkan kuar je umah..janji jln...kan...
re: saya dok cheras...kerja kat KL..dkt Jln Lumut...jadi mmg lalu le sg besi...ataupun..Loke Yew..tapi dua2 pun mmg jem kan

Azman tanya nama husb u, tapi i plak tak tau...hehe ok nnti i ckp kat dia...
Wed 21-May-2008 10:48
Posted by:azura azure18111@yahoo.co.uk  - [Link]
Hmmm... bikin lapar jer...
Wed 21-May-2008 22:40
Posted by:Edoras  - [Link]
tu lah i kata, bnyk yg sama kita ni....anak i yg 1st 9yrs, 2nd 7yrs, 3rd 1yr......anak pon sama 2 laki2, 1 pompuan....
lagi satu......sama2 perak....dulu i sklh kat ipoh....
Thu 22-May-2008 10:44
Posted by:azura azure18111@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Wednesday, 14-May-2008 07:36 Email | Share | | Bookmark
Hujan dan ribut di padang pasir.....

 
 
 
View all 6 photos...
Ini kisah hujan turun pada minggu lepas...pelik..sebab hujun turun masa musim panas...selalunya masa winter..tu pun 2-3 hari je..hujan turun pun macam perasan tak perasan camtu.....tapi kali ni agak byk jugak....tgk jln tu mcm basah je..bangun pagi tengok..biar betul hujan ....dok sini dah hujan tu jadi macam pelik gitu... ingat kan kalau hujan turun tak le panas sangat.....rupa2 nya lagi panas...adoi terik sesangat...





Gambar bawah ni pulak ribut pasir 2 hari lepas.....tempat yang sama diatas boleh nampak perbezaannya kan...tapi ribut ni tak le teruk sangat....ada yang lagi teruk...sampai tak nampak langsung bangunan depan tu...ish...tapi Dubai ni dah tak byk padang pasir yg tinggal..banyak dah naik bangunan...


Nampak pulak bayangan camera hehe...




CHIT CHAT

shima>>tu ler..dok sini dah jadi pelik bila hujan hehe...sbb dgr citer tahun sebelum ni tak pernah hujan selama beberapa tahun
zaiy>>mgkin bur dubai dah byk bangunan...kat qusais ni masih ada lagi tanah lapang...ker..tido kot
anis>>salam kenal anis...dok kat umah zaiy kan..sian kitakan...lama x tgk hujan
Niza et Sofia>>betul tu patut depa paaki jubah..kalau tak masuk gak mata tu..one day meh ler singgah dubai..shopping2...heheh///skrg ni summer..panas...
soulha,cairo>>ituler..tapi dah lama2 dah biasakan tgk ribut pasir tu..mmg tak leh sidai kain...kena guna dryer...hidung tu jgn citer...
jasmeen>>pasirnya terlalu halus...selalu bila ribut tu kami ada kat umah or dlm bangunan..tapi kalau kat luar rasanya masuk gak mata sebb angin dia kuat...pernah awal tahun haritu ribut kuat..kami kuar...bdn teman ni dah le cekeding..rasa melayang tapi biasa le..kena pandai2 tepis...pakai cermin mata beso
MaMaAiNa>>tak jugak selalu..dlm sebulan pun belum tentu...dlm umah tak berpasir ...tapi habuk2 sikit tu ada le..sbb terlalu halus pasirnya...mmg style rumah sini...bertutup..mmg tak buka tgkap
aimah>>tu ler...mmg payah nak nampak hujan..dlm setahun pun belum tentu sini..hehe..ingatkan kejadian apa ek..tu ler..kdg2 tak de masa nak upload...bila maas free tu yg deret kuar tu
Farah Shrewsbury>>act..tak selebat msia...tak dgr langsung pun....bgn pagi tgk jln basah..pastu nampak air ngalir kat tgkap..tu yg pelik sebab hujan turun masa summer..
yati-m>>tak selalu gak..sebulan sekali pun belum tentu...ish..mana boleh dok umah...aktiviti shopping kena teruskan jugak
MamaFaMi>>betul tu mama...mcm2 pelik dah jadikan
kak anum>>tgk kat sudan lagi dasyat ek kak anum...ribut pasirnyer
jasmeen>>dah abis dah..tapi ribut dlm umah x penah reda..(kerja umah)...tu yg kdg2 x sempat nak update
mamasya>>mmg pun mama...kalau ada pun pokok tiruan..atau pokok kurma jek..tu pun ada kawasan yg ditanam
azian>>betul tu azian..mana2 pun ada je yg pelik2 kan..

ribut ngan ujan x abih lg kerrr??? tok! tok!..tdo ke tuan umah
Fri 16-May-2008 06:28
Posted by:jasmeen  - [Link]
ribut pasir...bahaya jugak kalau ada yg dok luar rumah. kws rumah Nor mmg tak ada pokok langsung ya...nampak hanya pasir kws tu.
kat sini dah 2-3 mlm ribut kencang..ada kes pokok tumbang dan rumah rosak.
Fri 16-May-2008 12:02
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
Hem, cuaca skrg dah x menentu...kat sini katanya dah masuk Spring, tapi this whole week angin sejuk, sampai terpaksa pakai berlapis2 gak... betullah tu...kata Mama FaMi, tanda2 akhir zaman...
Sat 17-May-2008 06:33
Posted by:azian  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 13-May-2008 16:45 Email | Share | | Bookmark
Kejadian dalam seminggu...

 
 
 
View all 10 photos...
Sejak akhir-akhir ni mood nak mengupdate memang tak de langsung....pastu masa pun limited sikit buat masa ni...tapi demi menyahut seruan kak jasmeen ni (nak tunjuk kami tak makan maggi tau )...kami tak bercuti tau.. datang pulak si budak nakal (shima) tu kasi homework pulak....nnti ek...boleh postpone kan...jgn mare cikgu...





YANG ATAS NI AWARD DAN TAG DARI BLOG http://princessharyati.blogspot.com/ terima kasih yatt...nor gantung kat sini untuk tatapan semua pengunjung FP ni....

CARROT CAKE4


Citer pasal carrot cake ni...hanya MOI dan ZAIY saja yg tahu...accident yg menimpa carrot kek ni heheheh...mengapa gambar yg setelah ditoppingkan tak masuk disini....hehehhe..kecewa..kecewa
Resepi ni dari FP shima..... copy paste dari FP shima...cayang shima..tq....

CARROT CAKE
original resepi : Joy of Baking by Stephanie Jaworski

1 cwn (100 gms) pecan/walnut - dibakar & dicincang kasar
2 1/2 cwn (340 gms) carrot mentah - diparut halus
2 cwn (280 gms) tepung serbaguna
1 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
4 biji telur saiz besar
1 1/2 cwn (300 gms) gula halus
1 cwn (240 ml) minyak sayur
2 sudu teh esen vanilla

note: kalau nk kek lebih lembab, buleh bubuh 1/2 cwn nanas dihancurkan (sejat dulu air dia yer) or applesouce ke dlm adunan, tp kene tambah masa time bakar nnti.

Cara:

1. panaskan oven 180 celcius, sediakan loyang & sapu mentega. ketepikan...
2. bakar kacang lebih kurang 8 min pastu sejukkan...then cincang kasar2..ketepikan.
3. kupas carrot & parut halus2...ketepikan.
4. dlm mangkuk besar, satukan tepung, serbuk kayu manis, garam, baking soda & baking powder...gaul sebati, ketepikan.
5. amik mixture, pukul telur sampai kembang (dlm 1 min) pastu bubuh gula sikit2...pukul lg sampai pekat & putih (dlm 3-4 min).
6. pastu tambahkan minyak dlm adunan, pukul lg....tambah vanilla pulak...pukul...last sekali bubuh tepung sikit2 n pukul sekejap jek sampai sebati.
7. guna spatula/senduk...masukkan carrot & kacang, gaul skit sume bg rata. siap
8. bubuh dlm tin/loyang pembakar...masuk oven selama 30 min..

CREAM CHEESE FROSTING

1. Cream cheese- (227grams) & butter 1/4 cawan (57grams)...pukul dgn mixer hingga kembang dgn kelajuan rendah. pastu tambah gula secukup rasa & esen vanilla skit...pukul lg...siap utk disapu pada kek.
2. bila kek dah sejuk, belah kpd 2 keping....tgh2 sapu cream cheese. pastu katupkan dia, & sapu sekeliling kek...kalau nk cantik lg buleh tabur serbuk cinnamon atas dia.
3. akhir sekali leh susun carrot2 kecik tuh wat mcm ladang carrot!!

MARZIPAN CARROT

1. amik skit adunan marzipan n kalerkan ngan pewarna oren.. pastu amik skit lg adunan kalerkan ngan hijau. kene uli tau nk bg rata pewarna...
2. buatlah berpuluh2 btg carrot kecik2.
3. kalau nk lg real carrot tuh, amik pencungkil gigi, gores2kan btg carrot wat mcm urat2 gitu...
4. nak bg cepat keras, bubuh dlm peti sejuk..dah siap sapu kek nnti, leh laaa start bercucuk tanam kt atasnya


MEE BANDUNG


Mee bandung ni resepi dari jiran saya kat KL tu...dia mmg org muar....saya suka resepi ni memang kena dgn selera saya...tapi saya buat masih tak sesedap yg dia buat..dgn pekat nya...mmg guna cili merah byk ni...tapi kat sini payah nak dapat...

Resepi Mee bandung

Daging lembu/ayam/tulang direbus utk dapatkan stok
Udang kering direndam dan ditumbuk halus
Cili basah merah dibuang biji dan dikisar

Bawang putih - di hiris
Tauhu - dilecek
Telur
Sayur sawi
Tomato
Sos tomato
Gula
Garam
Serbuk perasa
Mee kuning

Cara2

1) Tumis cili basah dgn minyak yg byk hingga masak
2) Masukkan udang kering ke dalam cili tadi kacau sehingga masak - agak2 kering

Ambil kuali lain

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih yang dihiris tadi
Kemudian masukkan stok bersama-sama daging/ayam/tulang
Masukkan bahan 1 dan 2 diatas kacau sehingga mendidih
Masukkan tauhu yang dilecek dan kacau
masukkan sos tomato, garam, perasa dan gula
pecahkan telur - suka hati berapa banyak telur yang dikehendaki
masukkan sayur sawi
agak2 berkuah dan didihkan sehingga masak
campurkan mee kuning dan hidangkan
taburkan bawang goreng dan hirisan buah tomato (bentuk wedges)


SEABREAM CILI API

Lemak Cili Api ni biasa je...semua org tau kan....heheh...tapi saya suka sangat makan ikan Seabream ni...lemak-lemak gitu....lihat kuah tu seakan berminyak....padahal tak tumis pun...sebab lemaknya...


SAMBAL GORENG

Favourite my husband

Resepi Sambal Goreng

Goreng
tauhu - potong dadu
tempe - potong dadu
kentang - potong dadu

Rendam
suhun
fucuk

kacang panjang- dihiris serong( x bubuh x de stok)
lobak merah - di potong memanjang
udang segar - x bubuh x de stok
kicap manis
minyak masak
Sedikit garam

Bahan tumis
bawang merah-dihiris
bawang putih-dihiris
cili merah- dihiris
ikan bilis
stok ikan bilis-sbb nak jimat...kalau kat msia saya tumbuk guna ikan bilis betul heheh

Cara-cara

Panaskan minyak dan masuk bahan tumis hingga kekuningan.
Masukkan udang, kacang panjang dan lobak merah.
Kacau goreng hingga setengah masak.
Masukkan tempe, tauhu dan kentang.
Masukkan fucuk dan suhun dan tuangkan kicap .
Gaulkan hingga semua bahan bersalut dengan kicap sepenuhnya. Kacau goreng lagi sebentar.


CHOCOLATE CHIPS MUFFIN


Chocolate Chips Muffin ni dari blog Cik Mat Gebu....tq Cik Mat
Resepi asal dari "Noreen UK". Saya copy paste aje...

Resepi Chocolate Chips Muffin

Bahan Disatukan Dan Diayak:-

250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:-
175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan

Cara membuatnya:-

1)Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata.
2)Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
3)Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
4)Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...



YANG INI KEJADIAN 2 MINGGU YG LEPAS...CARI PUNYA CARI BARU JUMPA FILE MANA YG HUSBAND SIMPAN...TGK2 CAMNI JE GAMBAR YG DITANGKAP...ADUHHH!!!!!!!!!




Gambar ni dapat dari blog http://princessharyati.blogspot.com/ terima kasih yatt...

Yang ni sempena menjemput kawan2 dtg dinner kat umah 2 minggu yg lepas...antaranya Princessharyati dan Moi...zaiy tak dapat nak dtg....tak pe..bila2 nanti pun boleh datangkan...
Antara menu yg dihidangkan...Nasi Ayam, Sambal Tumis Udang Petai, Goreng Pedal/Hati dgn Kacang Panjang Sup Bebola Ikan dan buah buahan...



meriahnya menu kak nor tu..sedap² belaka bikin perut nih lapar ja
Wed 14-May-2008 10:13
Posted by:zira  - [Link]
bila sekali update....berderet2 menu Nor... mee bandung nampak sedap...sambal gorengpun sedap. muffin tu elok naik jadinya...dpt 2-3 biji kenyang utk minum ptg ni..
gambar menu utk tetamu tu kecik..tak puas jamu mata...
Wed 14-May-2008 14:22
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
opsss dah ada gambar besar...baru kenyang jamu mata... sambal tumis udang petai tu jadi pilihan...
Wed 14-May-2008 14:23
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 10-May-2008 07:03 Email | Share | | Bookmark
TAG & AWARD ibu2 sedunia from Shima & Azue




untuk shima, dan azue, time kasih kerana sudi bg award ni kat saya dan ini pulakk MISI KHAS tuk tukang2 masak...bkn MISI ANGKASAWAN NEGARA yerkkk


Quote:
Misi CookingBookmark.com

1. Mewujudkan laman khas komuniti Food-Blogger dengan meletakkan sebanyak mungkin link blogger yang terlibat dengan makanan.
2. Membantu mengembangkan home-based bussiness yang berkaitan makanan.
3. Mengeratkan ikatan Food-Blogger negara-negara yang memahami dwibahasa - Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore terutamanya.

Untuk TAG ini, anda perlu:

1. Register di laman http://www.cookingbookmark.com/ Masukkan link anda di direktori mengikut kesesuaian blog anda. Anda boleh masukkan link blog anda lebih dari satu kategori sekiranya mahu link anda lebih popular.
2. Masukkan 2 link kesukaan anda di ketegori lain. Contohnya link url yang berkaitan dengan makanan untuk dikongsi bersama.
3. TAG sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger anda untuk meneruskan misi ini

AWARD INI SAYA BERIKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG FP SAYA YG BERGELAR IBU DAN BAKAL MENJADI IBU SUATU HARI NANTI..INSYAALLAH...TAHNIAH UNTUK ANDA SEMUA....

" untuk semua ibu n bakal ibu, terima kasih kerana kesabaran dan ketabahanmu mengandungkan n melahirkan insan baru, sbg penyambung generasi."
"kepada para suami, yakinilah, kamu yg bertuah kerana kecekalan isteri melahirkan zuriatmu.."


'duhai apakah gerangan budi balasan...bagi insan melahirkan , membesarkan...tiada bahagia jika tiada doa puja restu...syurga itu di telapak kaki ibu'

Sesiapa yg belum berkesempatan membaca artikel yg saya pernah paparkan di FP saya ni (IBUKU SEORANG PEMBOHONG) http://triple-s.fotopages.com/?entry=1515477 marilah kita sama2 renungkan kisah ini...mmg sayu hati..bila membacanya..

UNTUK IBU:..Selamat Hari Ibu...sambut lah salam anak mu...yg jauh diperantauan..namun wajahmu sering bermain dimata...jasamu amat kusanjung tinggi...ku amat merinduimu.....semoga dirimu sentiasa didalam kesejahteraan..dibawah lindunganNya....


nk mtk izin tuan tanah utk link kan fp nih yer..bes msk sini sbb ada byk resepi..i likeee
Tue 13-May-2008 09:17
Posted by:zira  - [Link]
tuk..tuk...assalamualaikum kak nor >>>>
i mai ni nak kasi ubat malas tuk kak nor..mehla mai umah i jap amek ubat malas2 cenggini kene cepat2 mkn ubat sblm melarat....
Tue 13-May-2008 11:15
Posted by:shima  - [Link]
ni tgh kumpul idea ke...nanti sure gedebak gedebuk gambo nor upload ni...
Tue 13-May-2008 13:41
Posted by:yati-m  - [Link]
View all 14 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]